Monday, 26 July 2010
Adakah lagi Kelab Bolasepak Purnama Gemilang
Minta maaf banyak-banyak kerana dah lama tak menulis dalam blog ini kerana kesibukan penulis sendiri hingga seolah-olah sudah lupa kepada tanggungjawab ini.
Sejak gagal melangkah ke peringkat selanjutnya pada Piala MB yang lalu, kelab ini terus tidak menghubungi penulis untuk perkembangan terbaru. Apa yang terakhir diketahui, mereka tewas pada perlawanan persahabatan dengan jiran setempat (ini seolah-olah Everton dengan Liverpool) dengan jaringan agak besar.
Itulah yang diterima dari Adi dan selepas itu seolah-olah kehilangan sumber untuk dituliskan lagi.
Mungkin terlalu taksub dengan kemeriahan Piala Dunia yang lalu. Sepanjang kempen Piala Dunia, penulis berada di Kuala Lumpur untuk mengikuti perlawanan dengan lebih jelas di Dataran Merdeka dan final di Jelatang berakhir dengan kemenangan mutlak kepada Sepanyol, pasukan yang penulis sokong sejak dari pusingan kedua.
Oleh kerana Belanda mengalahkan Brazil, jadi penulis begitu gembira sekali apabila Belanda tumpas pada final dengan jaringan 1-0 dan akhir sekali kereta Viva penulis dibantai oleh lori roti Gardenia pada jam 03.50 pagi bersamaan 12.7.2010.
Sebelah kanan semuanya kena ganti semula dan itulah harga yang perlu dibayar dengan kemenangan Sepanyol.
Saturday, 22 May 2010
Apa itu erti kecewa
Tajuk diatas memang menarik untuk diulaskan memandangkan sekarang ini musim orang patah hati, sedih, terharu dan kecewa. Menariknya perkara ini baru berlalu semalam dikala pasukan DUN Guar Chempedak gagal melangkah kaki ke final ZON 5 Piala Menteri Besar Kedah. Sebenarnya mereka tidak tewas satu perlawanan pun malahan menang dengan Tanjung Dawai 4-0 dan seri dengan Pantai Merdeka 1-1.
Cuma yang kecewa ialah mereka kekurangan satu jaringan dengan Pantai Merdeka untuk melangkah ke final semalam. Punca-puncanya boleh diuraikan satu persatu yang paling ketara sikap acuh tak acuh pada perlawanan pertama menentang Tangjung Dawai. Banyak peluang menjaringkan gol tetapi tidak disempurnakan terutama penyerangnya yang mempunyai beberapa kali pintu gol ternganga gagal diletakkan bola kedalam gol.
Lebih kurang 4 peluang terbuka seperti itu terlepas begitu sahaja. Setidak-tidaknya, 6-7 gol boleh dijaringkan pada perlawanan pertama dan peluang terlepas begitu sahaja. Yang lain bermain dengan baik dan keputusan rasmi 4-0.
Tiba pula perlawanan sebelah petang bermula jam 3.30 petang dengan Pantai Merdeka berkesudahan seri 1-1. Apa yang menarik disini ialah tentangan yang diberikan oleh Pantai Merdeka begitu sengit setelah ketinggalan 1-0. Serangan bertali arus menyebabkan pasukan Guar Chempedak terpaksa melakukan kesalahan besar hingga menyebabkan sepakan penalti diberikan kepada pasukan Pantai Merdeka. Kesalahan menolak pemain pasukan lawan didalam kotak penalti hingga pengadil memberi sepakan penalti seterusnya keputusan berubah menjadi 1-1.
Tiga kad kuning dan satu kad merah dikeluarkan oleh pengadil membayangkan perlawanan yang cukup tegang dimana kedua-kedua pasukan tertekan untuk memenangi perlawanan. Layangan kad merah kepada pemain Pantai Merdeka dan pemain tersebut enggan meninggalkan padang terus mendapat bantahan dari pemain Guar Chempedak terus mengamatkan suasana dipadang. Akhirnya pasukan tuan rumah mengeluarkan pemain yang terlibat dalam provokasi tersebut.
Selepas itu perlawanan diteruskan semula dan kedua-kedua pasukan terus menyerang hinggalah Guar Chempedak hampir menambahkan jaringan apabila tandukan dari pemain nombor 14 diselamatkan oleh pemain Pantai Merdeka betul-betul diatas garisan gol. Agak kecewa bagi pasukan tuan rumah dengan keputusan seri tersebut yang mengecewakan mereka layak ke final.
Apa pun syabas kepada semua pegawai dan pemain-pemain Guar Chempedak kerana semangat anda memberi tentangan hingga tiupan wisel terakhir tanpa merasa jemu dan putus asa. Ini bukanlah kekalahan anda selamanya kerana selepas ini sudah tentu ada kejohanan lain yang akan diadakana, Janga terus kecewa dan merasa serik dengan kekalahan ini dan terus mencuba dimasa akan datang. Dan pada saya anda semua tetap berjaya dengan menjalankan tugasan kepada DUN Guar Chempedak dengan penuh ikhlas dan bersemangat. Insyaallah, kita cuba lagi di lain masa kerana ini bukanlah tewas buat selamanya.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEGAWAI DAN PEMAIN-PEMAIN DUN GUAR CHEMPEDAK DIATAS KECERMELANGAN PERLAKSANAAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEMUA KEPADA KAWASAN KITA WALAUPUN PENULIS SENDIRI MENGUNDI DI DUN GURUN.
Gambar-gambar sekitar kejohanan Piala MB Kedah
Jurukamera sedang membuat liputan semasa kejohanan berlangsung, aksi perlawanan
turut dirakam dan dijual kepada sesiapa yang memerlukan. Jurugambar dari KCE.
turut dirakam dan dijual kepada sesiapa yang memerlukan. Jurugambar dari KCE.
Penyokong pasukan tempatan turut menyumbangkan tenaga dan
kewangan bagi memantapkan pasukan DUN Guar Chempedak.
kewangan bagi memantapkan pasukan DUN Guar Chempedak.
Dua pemain terkenal pasukan Kedah Darulaman diera 90an turut menyaksikan perlawanan
dikejohanan Piala Menteri Besar. Ini menunjukkan sokongan mereka terhadap bolasepak
tempatan dan menaikkan rating kejohanan ini kepada 4 bintang.
dikejohanan Piala Menteri Besar. Ini menunjukkan sokongan mereka terhadap bolasepak
tempatan dan menaikkan rating kejohanan ini kepada 4 bintang.
Untuk dikongsi bersama buat semua peminat bolasepak tempatan.
Kejohanan Piala Menteri Besar Kedah
Semalam, 22 Mei 2010, berlangsungnya kejohanan bolasepak Piala Menteri Besar peringkat Zon 5 dipadang bandaran Guar Chempedak. Sebanyak 6 pasukan telah mengambil bahagian yang terdiri daripada pasukan Guar Chempedak, Tanjung Dawai, Bukit Selambau, Pantai Merdeka, Sungai Limau dan Bakar Arang.
Dibahagikan kepada dua kumpulan dan juara setiap kumpulan akan berentap di final. Pagi hujan begitu lebat sehinggakan perlawanan ditangguhkan sehingga jam 8.45 pagi dan selepas itu jadual berjalan seperti biasa.
Suasana berlangsung dengan jayanya dan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menyempurnakan kejohanan tersebut dan diharapkan tahun hadapan diadakan semula. Jumpa lagi dimasa akan datang.
Wednesday, 19 May 2010
YAN ALL STAR
Petang tadi di padang Pantai Murni, berlangsung satu perlawanan persahabatan diantara pasukan DUN Guar Chempedak dengan Pilihan Yan. Perlawanan tersebut dikhabarkan berlangsung dengan penuh sensasi dimana kad merah dilayangkan kepada pemain Pilihan Yan kerana mengasari pemain dari pasukan pelawat.
Perlawanan tersebut berkesudahan dengan DUN Guar Chempedak memenangi perlawanan dengan jaringan 2-0 selepas pemain tempatan anak Ustaz Bakar, Pak Ali meledak gol pertama dan kemudian selepas separuh kedua, pemain contoh, Cheepeng sekali memastikan kejayaan milik DUN Guar Chempedak dengan cantik melambungkan bola kedalam gawang lawan.
Menurut pemberita di lokasi, Adi, pemberita di lokasi melaporkan ini merupakan perlawanan yang paling sempurna yang ditunjukan oleh pasukan DUN Guar Chempedak. Mereka bermain seolah-olah satu perlawanan akhir dimana semua perancangan yang diberikan oleh jurulatih diamalkan dipadang. Pendek kata ikut cakap jurulatih dan tidak bermain secara sembrono. Adi menambah perlawanan tersebut patut ditonton oleh penulis kerana inilah perlawanan terakhir sebelum kejohanan sebenar bermula pada hari Sabtu, 22 Mei 2010 dipadang Guar Chempedak.
Segala hantaran dan asakan yang diatur serba menjadi dan jika prestasi hari ini dibawa kepada hari perlawanan sebenar, sudah tentu untuk menjuarai peringkat Zon 5 tiada masalah. RM1,500 dan medal juara sudah menjadi milik DUN Guar Chempedak. Penulis amat berharap semua pemain dapat mengekalkan kecergasan dan stamina kerana pada hari tersebut dua perlawanan akan diadakan dalam masa sehari. Jika berjaya mengekalkan tenaga dan menang dengan kelebihan satu jaringan, itu sudah memadai. Apa yang penting kerjasama sepasukan dan saling bantu membantu.
Segala tunjuk ajar sifu Nizam sudah berbaloi dan apabila dipadang, pemain yang akan tentukan sendiri arah tuju pasukan dan saya pasti dengan usaha yang gigih sekarang, kejuaraan sudah pasti menjadi milik kita. Ingatlah kepada kekalahan pada final Piala Senator Jamil Khir yang lalu sebagai pengajaran, jika sekarang tewas bukan selamanya akan kalah sudah tentu kemenangan akan mengiringi pasukan kita untuk kali ini.
Jangan hampakan para penyokong selama ini begitu setia dengan pasukan ini dan sampailah masa jika kita berikan gelaran penyokong paling setia kepada satu pakcik yang sering bersama pasukan. Diharapkan pengurusan Purnama Gemilang dapat melaksanakan gelaran tersebut dan calon-calonnya sudah ada dalam senarai saya.
Sempat juga beliau bertanyakan berkenaan dengan tanggungan dari penulis tetapi perkara itu masih dalam kesamaran.
Kemenangan dengan Pasukan Polis Kedah
Pasukan DUN Guar Chempedak telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Polis Kedah yang bakal menyertai Piala Ketua Polis Negara di Padang Pusat Latihan Polis, Sg. Petani. Didalam perlawanan tersebut, pasukan pelawat telah memenangi dengan jaringan tipis 1-0 hasil daripada sepakan percuma hasil jaringan Cheepeng.
Apa yang menarik disini ialah penjaring gol kemenangan sebelum itu telah didenda oleh jurulatih, Nizam Adha dengan berlari sebanyak 20 pusingan padang kerana kelewatan beliau tiba dipadang. Selepas daripada menjalani denda tersebut, beliau begitu bersemangat masuk kepadang untuk bermain pada separuh masa kedua.
Saya amat kagum dengan kesungguhan pemain tersebut atas rasa insafnya kerana kesalahan sendiri dan semangat beliau untuk membantu pasukan memenangi perlawanan tersebut adalah sangat terpuji. Ini merupakan contoh sepanjang zaman yang perlu diberi penghargaan dan diharapkan kesungguhan beliau bakal menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain.
Pada saya itulah yang paling menarik selain daripada memenangi perlawanan tersebut. Padang tersebut juga mempunyai sejarah tersendiri dimana waktu saya zaman persekolahan, padang tersebutlah tempat kami berlatih dan mengadakan perlawanan. Kini sejarah tersebut berulang kembali sungguhpun saya tidak lagi turun dipadang sebagai pemain tetapi menjadi pemerhati dari jauh. Jurulatih kami, cikgu Halim merupakan seorang jurulatih yang sangat cekap dan berpengalaman dengan tunjuk ajar beliaulah kami menjuarai bolasepak peringkat daerah selama lima tahun berturut-turut.
Sat lagi aku tulis la ni duk tengok gambar brad pit
Adi, sat lagi aku tulis cerita bola sebab la ni tengah duk layan cerita brad pit di tv2......harap maklum
Subscribe to:
Posts (Atom)