Wednesday, 19 May 2010
YAN ALL STAR
Petang tadi di padang Pantai Murni, berlangsung satu perlawanan persahabatan diantara pasukan DUN Guar Chempedak dengan Pilihan Yan. Perlawanan tersebut dikhabarkan berlangsung dengan penuh sensasi dimana kad merah dilayangkan kepada pemain Pilihan Yan kerana mengasari pemain dari pasukan pelawat.
Perlawanan tersebut berkesudahan dengan DUN Guar Chempedak memenangi perlawanan dengan jaringan 2-0 selepas pemain tempatan anak Ustaz Bakar, Pak Ali meledak gol pertama dan kemudian selepas separuh kedua, pemain contoh, Cheepeng sekali memastikan kejayaan milik DUN Guar Chempedak dengan cantik melambungkan bola kedalam gawang lawan.
Menurut pemberita di lokasi, Adi, pemberita di lokasi melaporkan ini merupakan perlawanan yang paling sempurna yang ditunjukan oleh pasukan DUN Guar Chempedak. Mereka bermain seolah-olah satu perlawanan akhir dimana semua perancangan yang diberikan oleh jurulatih diamalkan dipadang. Pendek kata ikut cakap jurulatih dan tidak bermain secara sembrono. Adi menambah perlawanan tersebut patut ditonton oleh penulis kerana inilah perlawanan terakhir sebelum kejohanan sebenar bermula pada hari Sabtu, 22 Mei 2010 dipadang Guar Chempedak.
Segala hantaran dan asakan yang diatur serba menjadi dan jika prestasi hari ini dibawa kepada hari perlawanan sebenar, sudah tentu untuk menjuarai peringkat Zon 5 tiada masalah. RM1,500 dan medal juara sudah menjadi milik DUN Guar Chempedak. Penulis amat berharap semua pemain dapat mengekalkan kecergasan dan stamina kerana pada hari tersebut dua perlawanan akan diadakan dalam masa sehari. Jika berjaya mengekalkan tenaga dan menang dengan kelebihan satu jaringan, itu sudah memadai. Apa yang penting kerjasama sepasukan dan saling bantu membantu.
Segala tunjuk ajar sifu Nizam sudah berbaloi dan apabila dipadang, pemain yang akan tentukan sendiri arah tuju pasukan dan saya pasti dengan usaha yang gigih sekarang, kejuaraan sudah pasti menjadi milik kita. Ingatlah kepada kekalahan pada final Piala Senator Jamil Khir yang lalu sebagai pengajaran, jika sekarang tewas bukan selamanya akan kalah sudah tentu kemenangan akan mengiringi pasukan kita untuk kali ini.
Jangan hampakan para penyokong selama ini begitu setia dengan pasukan ini dan sampailah masa jika kita berikan gelaran penyokong paling setia kepada satu pakcik yang sering bersama pasukan. Diharapkan pengurusan Purnama Gemilang dapat melaksanakan gelaran tersebut dan calon-calonnya sudah ada dalam senarai saya.
Sempat juga beliau bertanyakan berkenaan dengan tanggungan dari penulis tetapi perkara itu masih dalam kesamaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment