Selepas perlawanan biasanya jurulatih akan membuat kesimpulan tentang sesuatu perlawanan dan dalam perlawanan tersebut, jurulatih memberi kepujian kepada pemain kerana kesungguhan mereka hingga menghasilkan kemenangan 1-0.
Zul Karim, salah seorang pengarah dalam Purnama Gemilang tersenyum
puas selepas pasukan pilihannya menang didalam perlawanan tersebut.
Pemain DUN Jeneri sedang bersalam dengan pasukan sesudah selesainya
perlawanan dengan 1-0 berpihak kepada tuan rumah.
Jurulatih baru - Nizam Adha Yusuf merupakan bekas pemain Kedah
diera 1990an dahulu bersama Radhi Mat Din, Ahmad Sobri dan ramai lagi.
diera 1990an dahulu bersama Radhi Mat Din, Ahmad Sobri dan ramai lagi.
Semalam di padang awam Guar Chempedak, Pilihan DUN Guar Chempedak telah menguji kekuatan dengan pasukan DUN Jeneri. Perlawanan bermula jam 5.30 petang dan keadaan cuaca petang semalam agak baik sekali dan mendung.
Cuma satu sahaja penulis perasan berkenaan dengan keadaan padang yang tidak begitu rata dan berbukit-bukit. Keadaan ini terjadi selepas penganjuran ekspo perniagaan belia di padang tersebut bulan April. Kehadiran orang ramai yang menyebabkan permukaan padang sudah tidak rata seperti sebelum dan kawalan bola pemain menjadi liar dan permukaan padang menjadi keras menyebabkan permainan menjadi agak kelam-kabut. Sepatutnya pihak yang menguruskan padang tersebut prihatin dengan keadaan padang dan perlulah segera mengambil langkah dengan memperbaikinya.
Berbalik kedalam padang, permainan pasukan DUN Guar Chempedak, keseluruhan amat baik sekali setelah menerima kekalahan yang besar dengan DUN Sg. Tiang dan seri dengan pasukan DUN Gurun minggu lepas, permainan mereka boleh dikatakan ada peningkatan dan sangat memuaskan. Apa yang diperhatikan sepanjang perlawanan yang telah menunjukkan peningkatan adalah dari segi kerjasama dan boleh mengeluarkan suara.
Itu satu peningkatan yang sukar diperolehi sebelum ini. Kerjasama sesama pasukan juga baik tetapi masih perlu diperbaiki dimana ada suatu ketika pemain sayap kiri tidak mendapat sokongan dari rakan-rakan apabila beliau terkepung. Sepatutnya bila seorang pemain mendapat bola, rakan-rakan perlu membantu dengan mengekori dari belakang atau kiri dan kanan. Gerakan perlu berbentuk tiga segi dan jika apa-apa terjadi, senanglah beliau memberi bola kepada rakan lain.
Jaringan gol yang dibuat oleh penyerang pasukan merupakan satu jaringan yang menarik dimana beliau dapat mengelecek kesemua pemain pertahanan lawan termasuk penjaga gol dan cuma perlu menjolok bola kedalam gol sahaja. Ia lebih mirip kepada jaringan Maradona ketika menentang Englang di Piala Dunia 1986.
Masih ada lagi ruang-ruang yang perlu diperbaiki terutamanya bahagian tengah yang banyak dikuasai oleh pasukan lawan. Sepatutnya dihabagian tengah ini perlu satu rangkaian yang mantap apabila diserang atau menyerang. Ia lebih kepada jentera merancang dan nadi utama kekuatan sesebuah pasukan. Walaupun tiada ancaman merbahaya dari pasukan lawan tetapi bahagian tengah seolah-olah hilang fungsinya.
Sayang sekali pasukan hampir menjaringkan gol kedua apabila penyerang hanya berhadapan dengan penjaga gol tetapi gagal mencari penyudahnya. Ia sepatutnya mencungkil bola naik keatas melepasi penjaga gol (chip) atau menyungkil bola bukannya menendang terus kebadan penjaga gol. Penulis rasa penyerang sepatutnya tidak gopoh dihadapan gol dan selalu bertenang seketika apabila mendapat peluang sedemikian. Latihan mencungkil bola haruslah dibuat selalu supaya apabila memperolehi peluang sedemikian tidak lagi mengulang kesilapan.
Satu lagi peluang muncul apabila pemain nombor 8 mengangkat bola dari sebelah kiri dan tiada sambutan dibuat oleh penyerang. Seandainya penyerang dapat membaca keadaan sedemikian sudah tentu peluang tersebut menghasilkan bola. Lambungan cantik dari sebelah kiri menjadi sia-sia apabila tiada pemain pasukan didalam kotak penalti. Ia lebih cantik jika dua atau tiga pemain berada didalam kotak penalti dan menanduk masuk bola kedalam gol.
Kawalan bola yang begitu meliar disebabkan padang yang tidak begitu rata dan keras adalah salah satu faktor pemain tidak dapat menunjukkan pemainan menarik. Sekiranya mereka dapat peluang bermain di Wembley, saya percaya mereka dapat bermain lebih baik dari apa yang mereka ada sekarang. Peningkatan prestasi ketahap 120% dengan skill yang tersendiri. Itulah faktor padang yang salah satu elemen penting dalam sukan bolasepak. Bayangkan dahulu penulis dan rakan-rakan bermain dipadang yang 75% berbatu lada dengan hanya 'gudd' sebagai pelapik kaki dan tidak dapat beraksi dengan sepenuhnya kerana takutkan terjatuh dan luka.
Pesanan kepada semua pemain berhati-hatilah ketika bermain, berlatih dan semasa luar padang kerana jika terlalu ghairah pada sebelum perlawanan sebenar ini akan mengundangkan kecederaan. Apa yang terjadi kepada pemain bernombor 8, beliau gagal mengawal permainan sehingga menyebabkan kecederaan tetapi tidaklah serius sangat tetapi ini mungkin menyentap semangat pemain lain yang sedang beraksi. Tidur yang cukup dan stamina yang kuat merupakan salah satu kunci kejayaan dan rajin-rajin melihat aksi pemain diliga-liga terkenal. Ini boleh membantu dari segi tektikal dan skil untuk digunakan pada perlawanan akan datang.
Tajamkanlah sepakan percuma terutamanya kepada pemain yang dipertanggungjawabkan dan sepakan sudut sehingga hari ini belum menghasilkan gol lagi. Pertingkatkan latihan-latihan asas seperti mengumpan bola, tandukan dan larian laju. Ini penting,kerana apabila pasukan diserang, anda perlu mengumpulkan kembali pemain sebanyak mungkin dibawah dengan segera seperti pertahanan yang dibuat oleh pasukan bolakeranjang.
Akhir kata pada perlawanan persahabatan akan datang, pertingkatlah kerjasama dan pelbagaikanlah tektik serangan yang boleh mengelirukan lawan kerana bermain secara bijak 'smart football' akan membantu anda dari segi membuang tenaga dan sentiasa berfikiran stabil. Kita jumpa pagi diperlawanan menentang pasukan Polis Kedah di Sg. Petani pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
selamat petang ......
ReplyDeletesemoga berjaya capai kejayaan pada hari sabtu ni...
jangan cepat putus asa...
semoga berjaya
terima kasih saudara Din, nampaknya kita ni sama2 minat liverpool.
ReplyDelete