Skuad Piala MB DUN Guar Chempedak

Skuad Piala MB DUN Guar Chempedak

Pasukan Kita

Pasukan Kita

Saturday, 22 May 2010

Apa itu erti kecewa




Tajuk diatas memang menarik untuk diulaskan memandangkan sekarang ini musim orang patah hati, sedih, terharu dan kecewa. Menariknya perkara ini baru berlalu semalam dikala pasukan DUN Guar Chempedak gagal melangkah kaki ke final ZON 5 Piala Menteri Besar Kedah. Sebenarnya mereka tidak tewas satu perlawanan pun malahan menang dengan Tanjung Dawai 4-0 dan seri dengan Pantai Merdeka 1-1.

Cuma yang kecewa ialah mereka kekurangan satu jaringan dengan Pantai Merdeka untuk melangkah ke final semalam. Punca-puncanya boleh diuraikan satu persatu yang paling ketara sikap acuh tak acuh pada perlawanan pertama menentang Tangjung Dawai. Banyak peluang menjaringkan gol tetapi tidak disempurnakan terutama penyerangnya yang mempunyai beberapa kali pintu gol ternganga gagal diletakkan bola kedalam gol.

Lebih kurang 4 peluang terbuka seperti itu terlepas begitu sahaja. Setidak-tidaknya, 6-7 gol boleh dijaringkan pada perlawanan pertama dan peluang terlepas begitu sahaja. Yang lain bermain dengan baik dan keputusan rasmi 4-0.

Tiba pula perlawanan sebelah petang bermula jam 3.30 petang dengan Pantai Merdeka berkesudahan seri 1-1. Apa yang menarik disini ialah tentangan yang diberikan oleh Pantai Merdeka begitu sengit setelah ketinggalan 1-0. Serangan bertali arus menyebabkan pasukan Guar Chempedak terpaksa melakukan kesalahan besar hingga menyebabkan sepakan penalti diberikan kepada pasukan Pantai Merdeka. Kesalahan menolak pemain pasukan lawan didalam kotak penalti hingga pengadil memberi sepakan penalti seterusnya keputusan berubah menjadi 1-1.

Tiga kad kuning dan satu kad merah dikeluarkan oleh pengadil membayangkan perlawanan yang cukup tegang dimana kedua-kedua pasukan tertekan untuk memenangi perlawanan. Layangan kad merah kepada pemain Pantai Merdeka dan pemain tersebut enggan meninggalkan padang terus mendapat bantahan dari pemain Guar Chempedak terus mengamatkan suasana dipadang. Akhirnya pasukan tuan rumah mengeluarkan pemain yang terlibat dalam provokasi tersebut.

Selepas itu perlawanan diteruskan semula dan kedua-kedua pasukan terus menyerang hinggalah Guar Chempedak hampir menambahkan jaringan apabila tandukan dari pemain nombor 14 diselamatkan oleh pemain Pantai Merdeka betul-betul diatas garisan gol. Agak kecewa bagi pasukan tuan rumah dengan keputusan seri tersebut yang mengecewakan mereka layak ke final.

Apa pun syabas kepada semua pegawai dan pemain-pemain Guar Chempedak kerana semangat anda memberi tentangan hingga tiupan wisel terakhir tanpa merasa jemu dan putus asa. Ini bukanlah kekalahan anda selamanya kerana selepas ini sudah tentu ada kejohanan lain yang akan diadakana, Janga terus kecewa dan merasa serik dengan kekalahan ini dan terus mencuba dimasa akan datang. Dan pada saya anda semua tetap berjaya dengan menjalankan tugasan kepada DUN Guar Chempedak dengan penuh ikhlas dan bersemangat. Insyaallah, kita cuba lagi di lain masa kerana ini bukanlah tewas buat selamanya.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEGAWAI DAN PEMAIN-PEMAIN DUN GUAR CHEMPEDAK DIATAS KECERMELANGAN PERLAKSANAAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEMUA KEPADA KAWASAN KITA WALAUPUN PENULIS SENDIRI MENGUNDI DI DUN GURUN.

No comments:

Post a Comment