Monday, 26 July 2010
Adakah lagi Kelab Bolasepak Purnama Gemilang
Minta maaf banyak-banyak kerana dah lama tak menulis dalam blog ini kerana kesibukan penulis sendiri hingga seolah-olah sudah lupa kepada tanggungjawab ini.
Sejak gagal melangkah ke peringkat selanjutnya pada Piala MB yang lalu, kelab ini terus tidak menghubungi penulis untuk perkembangan terbaru. Apa yang terakhir diketahui, mereka tewas pada perlawanan persahabatan dengan jiran setempat (ini seolah-olah Everton dengan Liverpool) dengan jaringan agak besar.
Itulah yang diterima dari Adi dan selepas itu seolah-olah kehilangan sumber untuk dituliskan lagi.
Mungkin terlalu taksub dengan kemeriahan Piala Dunia yang lalu. Sepanjang kempen Piala Dunia, penulis berada di Kuala Lumpur untuk mengikuti perlawanan dengan lebih jelas di Dataran Merdeka dan final di Jelatang berakhir dengan kemenangan mutlak kepada Sepanyol, pasukan yang penulis sokong sejak dari pusingan kedua.
Oleh kerana Belanda mengalahkan Brazil, jadi penulis begitu gembira sekali apabila Belanda tumpas pada final dengan jaringan 1-0 dan akhir sekali kereta Viva penulis dibantai oleh lori roti Gardenia pada jam 03.50 pagi bersamaan 12.7.2010.
Sebelah kanan semuanya kena ganti semula dan itulah harga yang perlu dibayar dengan kemenangan Sepanyol.
Saturday, 22 May 2010
Apa itu erti kecewa
Tajuk diatas memang menarik untuk diulaskan memandangkan sekarang ini musim orang patah hati, sedih, terharu dan kecewa. Menariknya perkara ini baru berlalu semalam dikala pasukan DUN Guar Chempedak gagal melangkah kaki ke final ZON 5 Piala Menteri Besar Kedah. Sebenarnya mereka tidak tewas satu perlawanan pun malahan menang dengan Tanjung Dawai 4-0 dan seri dengan Pantai Merdeka 1-1.
Cuma yang kecewa ialah mereka kekurangan satu jaringan dengan Pantai Merdeka untuk melangkah ke final semalam. Punca-puncanya boleh diuraikan satu persatu yang paling ketara sikap acuh tak acuh pada perlawanan pertama menentang Tangjung Dawai. Banyak peluang menjaringkan gol tetapi tidak disempurnakan terutama penyerangnya yang mempunyai beberapa kali pintu gol ternganga gagal diletakkan bola kedalam gol.
Lebih kurang 4 peluang terbuka seperti itu terlepas begitu sahaja. Setidak-tidaknya, 6-7 gol boleh dijaringkan pada perlawanan pertama dan peluang terlepas begitu sahaja. Yang lain bermain dengan baik dan keputusan rasmi 4-0.
Tiba pula perlawanan sebelah petang bermula jam 3.30 petang dengan Pantai Merdeka berkesudahan seri 1-1. Apa yang menarik disini ialah tentangan yang diberikan oleh Pantai Merdeka begitu sengit setelah ketinggalan 1-0. Serangan bertali arus menyebabkan pasukan Guar Chempedak terpaksa melakukan kesalahan besar hingga menyebabkan sepakan penalti diberikan kepada pasukan Pantai Merdeka. Kesalahan menolak pemain pasukan lawan didalam kotak penalti hingga pengadil memberi sepakan penalti seterusnya keputusan berubah menjadi 1-1.
Tiga kad kuning dan satu kad merah dikeluarkan oleh pengadil membayangkan perlawanan yang cukup tegang dimana kedua-kedua pasukan tertekan untuk memenangi perlawanan. Layangan kad merah kepada pemain Pantai Merdeka dan pemain tersebut enggan meninggalkan padang terus mendapat bantahan dari pemain Guar Chempedak terus mengamatkan suasana dipadang. Akhirnya pasukan tuan rumah mengeluarkan pemain yang terlibat dalam provokasi tersebut.
Selepas itu perlawanan diteruskan semula dan kedua-kedua pasukan terus menyerang hinggalah Guar Chempedak hampir menambahkan jaringan apabila tandukan dari pemain nombor 14 diselamatkan oleh pemain Pantai Merdeka betul-betul diatas garisan gol. Agak kecewa bagi pasukan tuan rumah dengan keputusan seri tersebut yang mengecewakan mereka layak ke final.
Apa pun syabas kepada semua pegawai dan pemain-pemain Guar Chempedak kerana semangat anda memberi tentangan hingga tiupan wisel terakhir tanpa merasa jemu dan putus asa. Ini bukanlah kekalahan anda selamanya kerana selepas ini sudah tentu ada kejohanan lain yang akan diadakana, Janga terus kecewa dan merasa serik dengan kekalahan ini dan terus mencuba dimasa akan datang. Dan pada saya anda semua tetap berjaya dengan menjalankan tugasan kepada DUN Guar Chempedak dengan penuh ikhlas dan bersemangat. Insyaallah, kita cuba lagi di lain masa kerana ini bukanlah tewas buat selamanya.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEGAWAI DAN PEMAIN-PEMAIN DUN GUAR CHEMPEDAK DIATAS KECERMELANGAN PERLAKSANAAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEMUA KEPADA KAWASAN KITA WALAUPUN PENULIS SENDIRI MENGUNDI DI DUN GURUN.
Gambar-gambar sekitar kejohanan Piala MB Kedah
Jurukamera sedang membuat liputan semasa kejohanan berlangsung, aksi perlawanan
turut dirakam dan dijual kepada sesiapa yang memerlukan. Jurugambar dari KCE.
turut dirakam dan dijual kepada sesiapa yang memerlukan. Jurugambar dari KCE.
Penyokong pasukan tempatan turut menyumbangkan tenaga dan
kewangan bagi memantapkan pasukan DUN Guar Chempedak.
kewangan bagi memantapkan pasukan DUN Guar Chempedak.
Dua pemain terkenal pasukan Kedah Darulaman diera 90an turut menyaksikan perlawanan
dikejohanan Piala Menteri Besar. Ini menunjukkan sokongan mereka terhadap bolasepak
tempatan dan menaikkan rating kejohanan ini kepada 4 bintang.
dikejohanan Piala Menteri Besar. Ini menunjukkan sokongan mereka terhadap bolasepak
tempatan dan menaikkan rating kejohanan ini kepada 4 bintang.
Untuk dikongsi bersama buat semua peminat bolasepak tempatan.
Kejohanan Piala Menteri Besar Kedah
Semalam, 22 Mei 2010, berlangsungnya kejohanan bolasepak Piala Menteri Besar peringkat Zon 5 dipadang bandaran Guar Chempedak. Sebanyak 6 pasukan telah mengambil bahagian yang terdiri daripada pasukan Guar Chempedak, Tanjung Dawai, Bukit Selambau, Pantai Merdeka, Sungai Limau dan Bakar Arang.
Dibahagikan kepada dua kumpulan dan juara setiap kumpulan akan berentap di final. Pagi hujan begitu lebat sehinggakan perlawanan ditangguhkan sehingga jam 8.45 pagi dan selepas itu jadual berjalan seperti biasa.
Suasana berlangsung dengan jayanya dan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menyempurnakan kejohanan tersebut dan diharapkan tahun hadapan diadakan semula. Jumpa lagi dimasa akan datang.
Wednesday, 19 May 2010
YAN ALL STAR
Petang tadi di padang Pantai Murni, berlangsung satu perlawanan persahabatan diantara pasukan DUN Guar Chempedak dengan Pilihan Yan. Perlawanan tersebut dikhabarkan berlangsung dengan penuh sensasi dimana kad merah dilayangkan kepada pemain Pilihan Yan kerana mengasari pemain dari pasukan pelawat.
Perlawanan tersebut berkesudahan dengan DUN Guar Chempedak memenangi perlawanan dengan jaringan 2-0 selepas pemain tempatan anak Ustaz Bakar, Pak Ali meledak gol pertama dan kemudian selepas separuh kedua, pemain contoh, Cheepeng sekali memastikan kejayaan milik DUN Guar Chempedak dengan cantik melambungkan bola kedalam gawang lawan.
Menurut pemberita di lokasi, Adi, pemberita di lokasi melaporkan ini merupakan perlawanan yang paling sempurna yang ditunjukan oleh pasukan DUN Guar Chempedak. Mereka bermain seolah-olah satu perlawanan akhir dimana semua perancangan yang diberikan oleh jurulatih diamalkan dipadang. Pendek kata ikut cakap jurulatih dan tidak bermain secara sembrono. Adi menambah perlawanan tersebut patut ditonton oleh penulis kerana inilah perlawanan terakhir sebelum kejohanan sebenar bermula pada hari Sabtu, 22 Mei 2010 dipadang Guar Chempedak.
Segala hantaran dan asakan yang diatur serba menjadi dan jika prestasi hari ini dibawa kepada hari perlawanan sebenar, sudah tentu untuk menjuarai peringkat Zon 5 tiada masalah. RM1,500 dan medal juara sudah menjadi milik DUN Guar Chempedak. Penulis amat berharap semua pemain dapat mengekalkan kecergasan dan stamina kerana pada hari tersebut dua perlawanan akan diadakan dalam masa sehari. Jika berjaya mengekalkan tenaga dan menang dengan kelebihan satu jaringan, itu sudah memadai. Apa yang penting kerjasama sepasukan dan saling bantu membantu.
Segala tunjuk ajar sifu Nizam sudah berbaloi dan apabila dipadang, pemain yang akan tentukan sendiri arah tuju pasukan dan saya pasti dengan usaha yang gigih sekarang, kejuaraan sudah pasti menjadi milik kita. Ingatlah kepada kekalahan pada final Piala Senator Jamil Khir yang lalu sebagai pengajaran, jika sekarang tewas bukan selamanya akan kalah sudah tentu kemenangan akan mengiringi pasukan kita untuk kali ini.
Jangan hampakan para penyokong selama ini begitu setia dengan pasukan ini dan sampailah masa jika kita berikan gelaran penyokong paling setia kepada satu pakcik yang sering bersama pasukan. Diharapkan pengurusan Purnama Gemilang dapat melaksanakan gelaran tersebut dan calon-calonnya sudah ada dalam senarai saya.
Sempat juga beliau bertanyakan berkenaan dengan tanggungan dari penulis tetapi perkara itu masih dalam kesamaran.
Kemenangan dengan Pasukan Polis Kedah
Pasukan DUN Guar Chempedak telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Polis Kedah yang bakal menyertai Piala Ketua Polis Negara di Padang Pusat Latihan Polis, Sg. Petani. Didalam perlawanan tersebut, pasukan pelawat telah memenangi dengan jaringan tipis 1-0 hasil daripada sepakan percuma hasil jaringan Cheepeng.
Apa yang menarik disini ialah penjaring gol kemenangan sebelum itu telah didenda oleh jurulatih, Nizam Adha dengan berlari sebanyak 20 pusingan padang kerana kelewatan beliau tiba dipadang. Selepas daripada menjalani denda tersebut, beliau begitu bersemangat masuk kepadang untuk bermain pada separuh masa kedua.
Saya amat kagum dengan kesungguhan pemain tersebut atas rasa insafnya kerana kesalahan sendiri dan semangat beliau untuk membantu pasukan memenangi perlawanan tersebut adalah sangat terpuji. Ini merupakan contoh sepanjang zaman yang perlu diberi penghargaan dan diharapkan kesungguhan beliau bakal menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain.
Pada saya itulah yang paling menarik selain daripada memenangi perlawanan tersebut. Padang tersebut juga mempunyai sejarah tersendiri dimana waktu saya zaman persekolahan, padang tersebutlah tempat kami berlatih dan mengadakan perlawanan. Kini sejarah tersebut berulang kembali sungguhpun saya tidak lagi turun dipadang sebagai pemain tetapi menjadi pemerhati dari jauh. Jurulatih kami, cikgu Halim merupakan seorang jurulatih yang sangat cekap dan berpengalaman dengan tunjuk ajar beliaulah kami menjuarai bolasepak peringkat daerah selama lima tahun berturut-turut.
Sat lagi aku tulis la ni duk tengok gambar brad pit
Adi, sat lagi aku tulis cerita bola sebab la ni tengah duk layan cerita brad pit di tv2......harap maklum
Tuesday, 4 May 2010
Uji kekuatan dengan DUN Jeneri
Selepas perlawanan biasanya jurulatih akan membuat kesimpulan tentang sesuatu perlawanan dan dalam perlawanan tersebut, jurulatih memberi kepujian kepada pemain kerana kesungguhan mereka hingga menghasilkan kemenangan 1-0.
Zul Karim, salah seorang pengarah dalam Purnama Gemilang tersenyum
puas selepas pasukan pilihannya menang didalam perlawanan tersebut.
Pemain DUN Jeneri sedang bersalam dengan pasukan sesudah selesainya
perlawanan dengan 1-0 berpihak kepada tuan rumah.
Jurulatih baru - Nizam Adha Yusuf merupakan bekas pemain Kedah
diera 1990an dahulu bersama Radhi Mat Din, Ahmad Sobri dan ramai lagi.
diera 1990an dahulu bersama Radhi Mat Din, Ahmad Sobri dan ramai lagi.
Semalam di padang awam Guar Chempedak, Pilihan DUN Guar Chempedak telah menguji kekuatan dengan pasukan DUN Jeneri. Perlawanan bermula jam 5.30 petang dan keadaan cuaca petang semalam agak baik sekali dan mendung.
Cuma satu sahaja penulis perasan berkenaan dengan keadaan padang yang tidak begitu rata dan berbukit-bukit. Keadaan ini terjadi selepas penganjuran ekspo perniagaan belia di padang tersebut bulan April. Kehadiran orang ramai yang menyebabkan permukaan padang sudah tidak rata seperti sebelum dan kawalan bola pemain menjadi liar dan permukaan padang menjadi keras menyebabkan permainan menjadi agak kelam-kabut. Sepatutnya pihak yang menguruskan padang tersebut prihatin dengan keadaan padang dan perlulah segera mengambil langkah dengan memperbaikinya.
Berbalik kedalam padang, permainan pasukan DUN Guar Chempedak, keseluruhan amat baik sekali setelah menerima kekalahan yang besar dengan DUN Sg. Tiang dan seri dengan pasukan DUN Gurun minggu lepas, permainan mereka boleh dikatakan ada peningkatan dan sangat memuaskan. Apa yang diperhatikan sepanjang perlawanan yang telah menunjukkan peningkatan adalah dari segi kerjasama dan boleh mengeluarkan suara.
Itu satu peningkatan yang sukar diperolehi sebelum ini. Kerjasama sesama pasukan juga baik tetapi masih perlu diperbaiki dimana ada suatu ketika pemain sayap kiri tidak mendapat sokongan dari rakan-rakan apabila beliau terkepung. Sepatutnya bila seorang pemain mendapat bola, rakan-rakan perlu membantu dengan mengekori dari belakang atau kiri dan kanan. Gerakan perlu berbentuk tiga segi dan jika apa-apa terjadi, senanglah beliau memberi bola kepada rakan lain.
Jaringan gol yang dibuat oleh penyerang pasukan merupakan satu jaringan yang menarik dimana beliau dapat mengelecek kesemua pemain pertahanan lawan termasuk penjaga gol dan cuma perlu menjolok bola kedalam gol sahaja. Ia lebih mirip kepada jaringan Maradona ketika menentang Englang di Piala Dunia 1986.
Masih ada lagi ruang-ruang yang perlu diperbaiki terutamanya bahagian tengah yang banyak dikuasai oleh pasukan lawan. Sepatutnya dihabagian tengah ini perlu satu rangkaian yang mantap apabila diserang atau menyerang. Ia lebih kepada jentera merancang dan nadi utama kekuatan sesebuah pasukan. Walaupun tiada ancaman merbahaya dari pasukan lawan tetapi bahagian tengah seolah-olah hilang fungsinya.
Sayang sekali pasukan hampir menjaringkan gol kedua apabila penyerang hanya berhadapan dengan penjaga gol tetapi gagal mencari penyudahnya. Ia sepatutnya mencungkil bola naik keatas melepasi penjaga gol (chip) atau menyungkil bola bukannya menendang terus kebadan penjaga gol. Penulis rasa penyerang sepatutnya tidak gopoh dihadapan gol dan selalu bertenang seketika apabila mendapat peluang sedemikian. Latihan mencungkil bola haruslah dibuat selalu supaya apabila memperolehi peluang sedemikian tidak lagi mengulang kesilapan.
Satu lagi peluang muncul apabila pemain nombor 8 mengangkat bola dari sebelah kiri dan tiada sambutan dibuat oleh penyerang. Seandainya penyerang dapat membaca keadaan sedemikian sudah tentu peluang tersebut menghasilkan bola. Lambungan cantik dari sebelah kiri menjadi sia-sia apabila tiada pemain pasukan didalam kotak penalti. Ia lebih cantik jika dua atau tiga pemain berada didalam kotak penalti dan menanduk masuk bola kedalam gol.
Kawalan bola yang begitu meliar disebabkan padang yang tidak begitu rata dan keras adalah salah satu faktor pemain tidak dapat menunjukkan pemainan menarik. Sekiranya mereka dapat peluang bermain di Wembley, saya percaya mereka dapat bermain lebih baik dari apa yang mereka ada sekarang. Peningkatan prestasi ketahap 120% dengan skill yang tersendiri. Itulah faktor padang yang salah satu elemen penting dalam sukan bolasepak. Bayangkan dahulu penulis dan rakan-rakan bermain dipadang yang 75% berbatu lada dengan hanya 'gudd' sebagai pelapik kaki dan tidak dapat beraksi dengan sepenuhnya kerana takutkan terjatuh dan luka.
Pesanan kepada semua pemain berhati-hatilah ketika bermain, berlatih dan semasa luar padang kerana jika terlalu ghairah pada sebelum perlawanan sebenar ini akan mengundangkan kecederaan. Apa yang terjadi kepada pemain bernombor 8, beliau gagal mengawal permainan sehingga menyebabkan kecederaan tetapi tidaklah serius sangat tetapi ini mungkin menyentap semangat pemain lain yang sedang beraksi. Tidur yang cukup dan stamina yang kuat merupakan salah satu kunci kejayaan dan rajin-rajin melihat aksi pemain diliga-liga terkenal. Ini boleh membantu dari segi tektikal dan skil untuk digunakan pada perlawanan akan datang.
Tajamkanlah sepakan percuma terutamanya kepada pemain yang dipertanggungjawabkan dan sepakan sudut sehingga hari ini belum menghasilkan gol lagi. Pertingkatkan latihan-latihan asas seperti mengumpan bola, tandukan dan larian laju. Ini penting,kerana apabila pasukan diserang, anda perlu mengumpulkan kembali pemain sebanyak mungkin dibawah dengan segera seperti pertahanan yang dibuat oleh pasukan bolakeranjang.
Akhir kata pada perlawanan persahabatan akan datang, pertingkatlah kerjasama dan pelbagaikanlah tektik serangan yang boleh mengelirukan lawan kerana bermain secara bijak 'smart football' akan membantu anda dari segi membuang tenaga dan sentiasa berfikiran stabil. Kita jumpa pagi diperlawanan menentang pasukan Polis Kedah di Sg. Petani pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Wednesday, 28 April 2010
Lupakan yang lama....................
Semasa mewakili pasukan Ibupejabat Perhutanan Kuala Lumpur ke
Pesta Sukan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada 1992.
Sambil membelek laptop dalam bilik di Tophill Hotel Kuala Lumpur, tiba terima panggilan dari Tuan Pengerusi memberitahu keadaan kedudukan semasa dari padang awam Guar Chempedak dengan pasukan lawan sedang mendahului. Aku tidak terkejut dengan berita tersebut kerana sebelum-belum ini pun keadaan yang sama sebelum pahlawan-pahlawan tempatan ini melawan semula.Pesta Sukan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada 1992.
Biarlah berahsia dengan kejadian semalam dan hari ini bermula baru.
Wake up in the morning, the sun become to shine, I wrote this message to all youngster of Purnama Gemilang soccer team that how I feel during that upset result you had. According some words from the new coach, you are lost your fitness during the games and he will try his best to make you guys right back to the track. Boys, you are the man who present the whole people of DUN Guar Chempedak and please do your best for all and come back where you are.
Ok, that it by now and thank you.
Sunday, 25 April 2010
Persahabatan dengan DUN Sg. Tiang
Esok bersamaan 26.4.2010 di Mini Stadium Guar Chempedak, DUN Guar Chempedak yang diwakili oleh Purnama Gemilang akan berentap secara persahabatan dengan DUN Sg. Tiang. Perlawanan dijangka bermula pada jam 5.15 petang dan harapan dari pasukan tuan rumah kepada penyokong, datanglah beramai-ramai ke perlawanan tersebut bagi memberi sokongan kepada pasukan kesayangan anda.
Penonton juga boleh membuat komen didalam blog ini melalui purnamagemilangfc.blogspot.com berkenaan dengan prestasi pemain, komitmen pasukan dan sebagainya. Komen anda amat dialu-alukan kerana ia sebahagian didalam proses pembentukan pasukan yang kuat.re
Terima kasih Habib diatas makluman tersebut dan minta kerjasama Adi emailkan gambar-gambar perlawanan dan ulasan selari dari padang kerana penulis berada diluar daerah atas tugasan kerja.
Saturday, 24 April 2010
Piala Tunku Sultan Kedah
Penulis berada dibarisan tengah paling kiri. Semasa mewakili MSSK di Kangar pada tahun 1981.
Tengah paling tinggi barisan belakang adalah Kamal Idris Ali, sekarang adalah jurulatih Unimap.
Petang tadi jam lebih kurang 3 petang, penulis mendapat panggilan dari Pengerusi Purnama Gemilang FC, Saudara Habib Karim memberitahu bahawa selepas tamat kejohanan Piala MB Kedah akan diadakan pula Kejohanan Piala Tunku Sultan Kedah.Tengah paling tinggi barisan belakang adalah Kamal Idris Ali, sekarang adalah jurulatih Unimap.
Liga ini bakal memulakan sepak mula selepas tamatnya Liga Super Malaysia dan dimana penyertaan kali ini lebih istimewa dengan kehadiran pemain-pemain dari pasukan Liga Super. Dengan kehadiran pemain bertaraf profesional ini, maka taraf liga tersebut berada didalam kelasnya yang tersendiri. Peluang pemain-pemain bertaraf amatur ini bersua dengan pemain tersebut adalah tinggi dan disini boleh dijadikan sebagai kayu pengukur prestasi pemain bukan profesional.
Maka peluang untuk memperbaiki mutu permainan masih terbuka dan kesempatan untuk menonjol diri menjadi lebih luas dengan adanya kejohanan ini. Harapan semoga mana-mana pemain yang menyimpan hasrat untuk maju dalam bidang bolasepak dan ingin menjadikan karier ini sebagai sumber pendapatan bolehlah dari sekarang berlatih bagi mempertajamkan skill dan menambah tenaga.
Ingatan kepada perokok tegar, kalau boleh tinggallah tabiat tersebut jika anda ingin berjaya seperti mereka yang sebelum ini setidak-tidaknya terpilih ke peringkat negeri.
Jika betullah Kejohanan Liga Bolasepak Piala Tunku Sultan Kedah ini menjadi kenyataan, saya menyarankan bermulalah dari sekarang baik pihak pengurusan dan pemain. Hidup bolasepak kerana sudah lama kepingin nak melihat Malaysia layak ke Sukan Olimpik lagi selepas 30 tahun yang lalu.
Friday, 23 April 2010
Lawan Team Veteran
Selak punya selak aku terjumpa gambar lama iaitu pasukan asrama sekolah pada tahun 1986 dulu. Rasa-rasa boleh kut buat persahabatan dengan team Purnama Gemilang nanti. Aku perkenalkan dari belakang Sukria, pemain daerak KMY, Madi Yaakop, pemain daerah KMY, Fauzi Pie, pemain sekolah, Jaafar, pemain asrama, Abraham, penjaga gol KMY, asal Sabah, Amer, pemain asrama, Pahdin Talib, pemain asrama.
Duduk, Yusuf Ismail, pemain asrama, Azhar pemain asrama, Buck, pemain KMY, Nuriazam pemain KMY, Bidin pemain asrama, satu2 junior dapat tempat dalam skuad senior tah dimana silapnya dan Mat Budin (mat flower) pemain asrama.
Dalam skuad ni ada beberapa pemain grade A, B dan C. Yang wakili daerah tu kira kira A, seterusnya B wakil sekolah dan C setakat asrama sajalah. Aku tak ada dalam gambar sebab jadi jurukamera. Skuad ni pernah juara antara asrama KMY yang disertai oleh SMKJ, SSMJ, SMI dan beberapa buah sekolah sekitar SP.
Untuk MSSK peringkat negeri, skuad in tewas dengan daerah Kulim difinal dengan jaringan 1-0.
Mohd Nizam Adha Yusuf
Tahniah buat Pasukan Purnama Gemilang kerana mendapat jurulatih baru iaitu bekas pemain Kedah era 90an iaitu Mohd Nizam Adha Yusuf. Terkini beliau pernah melatih pasukan pasukan liga super Perlis dan sebelum itu menjadi penolong jurulatih KM Naza.
Sewaktu zaman puncak beliau, Nizam merupakan seorang pemain yang lincah dan berbisa. Posisi yang diminatinya ialah penyerang tengah dan menjaringkan gol-gol kemenangan diwaktu genting.
Bermula dengan mewakili Perak dan berhijrah ke Kedah.
Apa pun diucapkan selamat datang kepada Saudara Nizam Adha ke Purnama Gemilang dan diharapkan dengan kehadiran anda kesini umpama sirih pulang kegagang. Selamat bertugas kepada jurulatih liga super Nizam Adha Yusuf.
Sewaktu zaman puncak beliau, Nizam merupakan seorang pemain yang lincah dan berbisa. Posisi yang diminatinya ialah penyerang tengah dan menjaringkan gol-gol kemenangan diwaktu genting.
Bermula dengan mewakili Perak dan berhijrah ke Kedah.
Apa pun diucapkan selamat datang kepada Saudara Nizam Adha ke Purnama Gemilang dan diharapkan dengan kehadiran anda kesini umpama sirih pulang kegagang. Selamat bertugas kepada jurulatih liga super Nizam Adha Yusuf.
Wednesday, 21 April 2010
Kekalahan terbesar setakat hari ini
anda ini sentiasa dahagakan kemenangan anda.
Semalam telah berlangsung perlawanan bolasepak persahabatan antara Purnama Gemilang dan Kubang Rotan (pasukan yang terpilih mewakili DUN tersebut) di padang SMK Tunku Abdul Rahman, Jalan Putra, Alor Setar.
Lokasi perlawanan betul-betul dihadapan Tan Chong Motors dan harap-harap Chik meluangkan masa untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Berita yang diterima dari pengulas perlawanan mengatakan pasukan kebanggaan tempatan ini telah ketinggalan 3-0. Ini mungkin berita mengembirakan sesetengah pihak yang berdendam dengan pasukan ini tetapi jika dilihat dari sudut positif ianya adalah satu kebaikan bersama. Hero mesti kalah dulu sebelum bangun menentang semula di padang sebenar dan memenangi perlawanan itu kelak.
Pengalaman ini telah penulis tempuhi kira-kira 29 tahun yang lalu dimana pihak kami mengadakan perlawanan persahabatan dengan SK Gurun di padang mereka. Berlatih dah sampai tahap 5 dan kira-kira phasa latihan hanya tinggal 25% lagi hampir lengkap. Rupa-rupa waktu itu ramai pemain-pemain SK Gurun (Pusat) berasal dari Guar Chempedak juga. Jadi penulis membuat kesimpulan perlawanan tersebut antara Pasukan Guar Pekan (Bandar) dengan Guar Kampung(terdiri dari Kampung Tok Kau, Banggul Lalang, Pondok Hj, Majid, Titi Bom dan persekitaran.
Akhirnya kami kalah dalam perlawanan tersebut dengan jaringan 2-0, banyak lagi Purnama Gemilang kena pada separuh masa pertama. Ini bukan nak pekena pasukan tetapi terimalah kenyataan bahawa banyak kelemahan perlu diperbaiki. Walaupun penulis tidak berada dipadang waktu perlawanan berlangsung, tetapi agak-agak tu beranila tentang kemampuan pasukan punya kelemahan.
Bahagian tengah merupa satu posisi yang penting dalam sebuah pasukan dan jika pasukan tersebut mempunyai masalah berkenaan posisi tersebut segeralah diperbaiki. Bahagian tengah ini mempunyai dua kekuatan samada serangan atau pertahanan. Jika waktu bola menyerang ke pintu gol lawan, kedua-dua pemain tengah haruslah membantu penyerang mencari ruang selesa untuk mengatur bola kedalam jaring gol lawan. Begitulah sebaliknya, jika pasukan diasak oleh lawan, orang tengah ini juga kena turun membantu supaya menjadi pemain dibawah lebih yakin dengan angka yang banyak. Ini dari segi saikologi memantapkan keyakinan dan perhatian dari rakan sepasukan.
Perlawanan berkesudahan dengan jaringan 6-2 dan Purnama Gemilang pulang dengan kehampaan buat seketika dan kekalahan ini janganlah dikenang hingga akhir hayat. Jika anda kalah difinal Piala MB, itu patut dikesalkan tapi ini hanya sekadar perlawanan persahabatan sahaja. Usah ditangiskan kekalahan ini dengan airmata mengalir deras dipipi manismu.
Bangun wahai pejuang tempatan bahawa sesungguhnya kekalahan ini beerti kamu sentiasa harus berhati-hati dengan perlawanan yang akan datang. Contoh yang penulis bagi ialah pekalahan dipersahabatan sentiasa mengingatkan kita kepada kemenangan seterusnya. Macam perang Uhud, tentera Islam dianggap kalah kerana berundur sementara tetapi sebenarnya mereka membina kekuatan semula dalam menebus kekalahan yang lalu dan seterusnya memenangi peperangan seterusnya sehinggalah zaman Salehuddin Al Ayubi yang memenangi perang salib.
Pengalaman penulis pun begitu setelah kalah dengan SK Gurun dalam persahabatan, dalam liga sebenar antara sekolah-sekolah Yan, pasukan kami menjuarai dan menduduki tangga teratas dalam carta Liga Sekolah Rendah Daerah Yan seterusnya layak memasuki final pada tahun tersebut. Itulah pertama kali mencuba terus layak ke final. Motivasi yang kami dapat adalah kesan kekalahan dengan SK Gurun membuatkan kami sentiasa berhati-hati dalam bertemu setiap pasukan. Tidak menganggap pasukan itu remeh dan mudah ditelah maka gandaan permaian pada setiap pertemuan ditingkatkan supaya tidak kalah lagi.
Itulah motivasi sebenar yang kami dapat dari pengajaran tersebut dan kepada semua pemain yang bermain semalam usah khautir kerana perlawanan sebenar akan bermula pada 22 Mei 2010, bermakna sebulan dari sekarang. Apa yang penting ialah tingkatkan latihan fizikal terutama stamina dan taktikal. Kalau perlu adakan sesi tonton perlawanan liga bersama pasukan supaya dapat berbincang mengenai taktikal terbaru atau ilmu-ilmu yang bakal diluahkan dalam perlawanan liga bermutu tinggi terutamanya dari Eropah atau Amarika Latin.
Satu lagi nasihat saya, mana-mana pemain yang menghisap rokok eloklah berpuasa dahulu sementara dalam sebulan dua ini kerana ia akan mengpengaruhi stamina anda nanti kerana pada hari perlawanan peringkat zon, setiap pasukan akan bermain dua kali sehari. Penat tu.
Sehingga jumpa dilain masa...................
Tuesday, 20 April 2010
Jadual Perlawanan Zon 5
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bersama-sama dengan email ini, saya sertakan jadual perlawanan Zon bagi Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah untuk dimasukkan ke dalam laman web rasmi Kedah Lanie..
segala maklumat berhubung Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah sila rujuk laman web rasmi di http://pialambkedah.blogspot.com
Sekian, terima kasih.
KEDAH COMMUNICATION & EVENTS SDN. BHD.
Faiz Hj. Othman
Pegawai Perhubungan Awam & Editorial
Jadual perlawanan bagi Zon 5 dikeluarkan melalui kedahlanie dan untuk lebih jelas lagi kita paparkan buat semua peminat dan pemain sebagai pedoman mereka pada hari perlawanan nanti.
Jika menjuarai zon ini hadiah RM2000 menjadi milik pemenang dan seterusnya layak mewakili zon keperingkat seterusnya. Pihak penganjur juga bercadang menjadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan bagi mengcungkil bakat-bakat anak muda yang mempunyai potensi dalam bolasepak. Jika memenuhi syarat-syarat sebagai pemain negeri, saya rasa pihak pengurusan KFA tidak teragak-agak untuk memilih mereka untuk peringkat kebangsaan.
Kepada sesiapa yang ada hasrat untuk menjadikan bolasepak sebagai pendapatan utama dan ingin berjaya seperti Ronaldo, Wayne Rooney, Lionel Messi dan Sameul Eto atau Zlatan Ibrahimovic dan Zinadane Zidane eloklah mereka menunjukkan bakat mereka pada kejohanan ini dan bersungguh-sungguh dalam perlawanan nanti dan menunjukkan bakat yang luar biasa.
Tapi satu saja pesanan saya, bila sudah terkenal nanti atau berjaya mewakili negeri melalui kejohanan ini jangan pula anda lupa asal usul anda. Jangan berlagak bintang atau sudah jadi tnaggang. Bila sekali kala balik kampung tu jumpa kawan-kawan belanjalah mereka atau beri tiket perlawanan percuma kerana usia pemain bolasepak berada dipuncak tidaklah lama.
Esok. pada jam 4.45 petang di Stadium Suka Menanti, perlawanan persahabatan antara Purnama Gemilang dan Kubang Rotan akan berlangsng. Jemputlah beramai-ramai ke Alor Setar untuk menyaksikan pasukan kesayangan kita beraksi dan memberi sokongan.
Kepada pemain ingatlah ini hanya perlawanan persahabatan dan elakkan kecederaan dan bermain dengan penuh semangat kesukanan. Kalau menang adalah satu landasan keyakinan anda untuk menghadapi kejohanan Piala Menteri Besar.
Bersama-sama dengan email ini, saya sertakan jadual perlawanan Zon bagi Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah untuk dimasukkan ke dalam laman web rasmi Kedah Lanie..
segala maklumat berhubung Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah sila rujuk laman web rasmi di http://pialambkedah.blogspot.
Sekian, terima kasih.
KEDAH COMMUNICATION & EVENTS SDN. BHD.
Faiz Hj. Othman
Pegawai Perhubungan Awam & Editorial
Jadual perlawanan bagi Zon 5 dikeluarkan melalui kedahlanie dan untuk lebih jelas lagi kita paparkan buat semua peminat dan pemain sebagai pedoman mereka pada hari perlawanan nanti.
Jika menjuarai zon ini hadiah RM2000 menjadi milik pemenang dan seterusnya layak mewakili zon keperingkat seterusnya. Pihak penganjur juga bercadang menjadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan bagi mengcungkil bakat-bakat anak muda yang mempunyai potensi dalam bolasepak. Jika memenuhi syarat-syarat sebagai pemain negeri, saya rasa pihak pengurusan KFA tidak teragak-agak untuk memilih mereka untuk peringkat kebangsaan.
Kepada sesiapa yang ada hasrat untuk menjadikan bolasepak sebagai pendapatan utama dan ingin berjaya seperti Ronaldo, Wayne Rooney, Lionel Messi dan Sameul Eto atau Zlatan Ibrahimovic dan Zinadane Zidane eloklah mereka menunjukkan bakat mereka pada kejohanan ini dan bersungguh-sungguh dalam perlawanan nanti dan menunjukkan bakat yang luar biasa.
Tapi satu saja pesanan saya, bila sudah terkenal nanti atau berjaya mewakili negeri melalui kejohanan ini jangan pula anda lupa asal usul anda. Jangan berlagak bintang atau sudah jadi tnaggang. Bila sekali kala balik kampung tu jumpa kawan-kawan belanjalah mereka atau beri tiket perlawanan percuma kerana usia pemain bolasepak berada dipuncak tidaklah lama.
Esok. pada jam 4.45 petang di Stadium Suka Menanti, perlawanan persahabatan antara Purnama Gemilang dan Kubang Rotan akan berlangsng. Jemputlah beramai-ramai ke Alor Setar untuk menyaksikan pasukan kesayangan kita beraksi dan memberi sokongan.
Kepada pemain ingatlah ini hanya perlawanan persahabatan dan elakkan kecederaan dan bermain dengan penuh semangat kesukanan. Kalau menang adalah satu landasan keyakinan anda untuk menghadapi kejohanan Piala Menteri Besar.
Sunday, 18 April 2010
purnamagemilangfc.blogspot.com
Mulai hari ini anda boleh melawati blog Purnama Gemilang FC di alamat purnamagemilangfc.blogspot .com. Memandang kemajuan yang ditunjukkan oleh pasukan ini, saya rasa mereka perlu mempunyai blog sendiri.
Kegiatan kelab inii semakin sibuk dan aktitviti semakin banyak setelah berbincang dengan pihak pengurusan kelab, mereka mencadangkan supaya PGFC mempunyai laman sendiri. Selamat melawat ke purnamagemilangfc.blogspot,com
Persahabatan dengan NAZA
Semalam tepat jam 6.00 petang, satu perlawanan bolasepak persahabatan telah diadakan dengan pasukan NAZA di padang Naza. Perlawanan tersebut adalah jemputan dari pihak tuan rumah dan Purnama Gemilang menerima pelawaan tersebut kerana ingin menguji pemain-pemain barunya.
Sebahagian pemain utama tidak diturunkan kerana mereka mempunyai komitmen yang lain. Petang semalam sebahagian pemain simpanan diturunkan termasuklah seorang penyerang istimewa. Beliau dimasukkan 20 minit sebelum permainan ditamatkan.
Didalam perlawanan tersebut kedua-dua pasukan bolehlah dikatakan sama handal dan seimbang. Jaringan gol telah dibuat oleh pasukan Naza terlebih dahulu pada separuh masa pertama sebelum disamakan kedudukan oleh Purnama Gemilang. Sejurus ketibaan Adi, gol penyamaan terus dibuat oleh penyerang dan selang beberapa minit kemudian, Purnama Gemilang mendahului dengan satu jaringan cantik 'first timer' dari arah kanan pintu gol Naza pada jarak 25 meter.
Beberapa minit sebelum permainan tamat, Naza berjaya menyamakan kedudukan melalui serangan balas yang pantas dengan bermula dari tengah padang dan gerakan solo yang menarik.
Keputusan akhir adalah Purnama Gemilang dan Naza seri 2-2
Hadiah Kemenangan
Syabas kepada pasukan Purnama Gemilang yang baru sahaja menjadi naib juara di liga Senator Dato' Seri Jamil Khir Baharom dan hadiah kemenangan mereka diberikan oleh pihak pengurusan untuk melancong ke Hadtyai.
Semua pemain yang tersenarai didalam perlawanan akhir lalu berkesempatan melancong kesana dan bermalam disebuah hotel 3 bintang. Harap-harap mereka dapat mengawal diri semasa disana yang sangat terkenal sebagai kota hiburan. Kesemua perbelanjaan ditanggung oleh pihak pengurusan dan selepas kembali dari Thailand semangat mereka begitu berkobar-kobar apabila bertemu dengan pasukan Uitm Merbok dalam perlawanan persahabatan petang semalam.
Mereka berjaya membelasah pasukan tersebut dengan jaringan 3-1. Walaupun perlawanan persahabatan, mereka bermain seolah-olah bermain dalam perlawanan final. Ini mungkin bahang panas dari Hadtyai yang masih menghantui mereka. Inilah perlawanan persahabatan kedua setelah seri 2-2 dengan pasukan Naza FC selepas meyertai kejohanan besar.
Difahamkan kesemua pemain yang sebelum ini bermain untuk pasukan Purnama Gemilang layak menyertai ke kejohanan Piala Menteri Besar. Didalam syarat tersebut pemain hendaklah berusia antara 18 tahun hingga ke 25 tahun dan bermastautin dimana-mana daerah didalam negeri Kedah.
Untuk liga tersebut, sebelum layak keperlawanan sebenar, mereka hendaklah menjadi juara zon terlebih dahulu. Bersama-sama DUN Guar Chempedak termasuklah Gurun, Bukit Selambau, Bakar Arang, Tanjung Dawai dan Sungai Limau. Juara Zon akan diberi hadiah wan tunai sebanyak Rm1,000 dan layak mewakili zon untuk merebut Piala Menteri Besar. Setiap zon akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan juara setiap kumpulan akan berentap di final. Berkemungkinan final akan diadakan di Stadium Darulaman dan diharapkan pihak penganjur akan berbuat demikian.
Apa pun tahniah diucapkan kepada Purnama Gemilang kerana berjaya mewakili DUN Guar Chempedak moga-moga mereka layak difinal nanti.Mungkin selepas menjuarai Piala Menteri Besar, mereka akan dibawa melawat Bangkok pula bersama berjuang dengan kumpulan Baju Merah.
Saturday, 17 April 2010
Doakan kemenangan pasuka Hijau Kuning
Semalam bertolak dari Gurun ke Bukit Jalil semata-mata untuk tengok bola Final antara Kedah dan Negeri Sembilan. PAgi tadi tiba di Hentian Sg. Buluh (Restoran Jejantas) dah ramai penyokong setia tiba di KL.
Termasuklah bas Purnama Gemilang dengan aneka ragam. Malam ini bersama-sama kita doakan kemenangan wira-wira kita di Bulit Jalil. Amin..................selamat menyokong dan berjuang duhai pemain dan penyokong. Aku yakin Kedah akan menang malam ini.
Jumpa disana.
Purnama Gemilang secara tradisinya akan membuat rombongan ke Bukit Jalil sempena perlawanan final Piala FA antara Kedah dan Negeri Sembilan. Perlawanan itu akan berlangsung pada 10.4.2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Diberitakan 3 bas rombongan dari Guar Chempedak akan berangkat ke Bukit Jalil dan kepada peminat bolasepak Hijau Kuning yang berminat untuk menyertai rombongan ini sila hubungi Adi di talian 0195212488 untuk tempahan tiket. Bayaran sebanyak RM85.00 dikenakan termasuk tiket perlawanan. Tempahan juga boleh dibuat dikaunter Purnama Gemilang.
Pada hari Sabtu bersamaan 10.4.2010, semua peminat yang sudah mendaftar dikehendaki berhimpun di Stesen Bas Ekpress Guar Chempedak pada jam 9.00 pagi. Rombongan dijangka berlepas pada jam 11.00. Sebelum berlepas, semua peminat dikehendaki berlatih menyanyi lagu Hijau Kuning sebelum menaiki bas . Kemudian bacaan doa perjalanan akan dibacakan oleh saudara Habib dan azan akan diperdengarkan sebelum bas berlepas.
Diharapkan semua penyokong akan memberi persembahan yang terbaik semasa di stadium dan pergi dan pulang dengan selamat.
Purnama Gemilang Football Club
Selamat datang kepada pasukan bolasepak tempatan iaitu Purnama Gemilang FC yang sekarang ini sedang rancak berlatih bagi menghadapi kejohanan Piala Menteri Besar. Kejohanan ini merupakan 'pioneer' untuk semua Dewan Undangan Negeri Kedah. Sebanyak 36 pasukan dijangja akan mengambil bahagian bahagian dan terbahagi kepada 6 zon.
Purnama Gemilang yang mewakili DUN Guar Chempedak akan memulakan sepakmula pada 22 Mei 2010 pada jam 9.00 pagi di Mini Stadium Guar Chempedak. Perlawanan bermula dengan menentang Pasukan Pantai Merdeka dan pada sebelah petangnya pula, mereka akan menghadapi satu lagi pasukan pilihan, iaitu Tanjung Dawai.
Buat semua pemain saya mengucapkan selamat berjuang dan semoga kita akan keraksi di Stadium Darulaman pada perlawanan akhir.
Subscribe to:
Posts (Atom)